Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis bersama tiga individu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes pemerasan dan mengurung seorang lelaki, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan itu dibuat selepas menerima laporan pada 8 November lalu daripada pengadu, bukan warga negara yang memaklumkan bapa saudaranya minta diselematkan dengan membawa sejumlah wang.

Dalam laporan itu, pengadu memberitahu dia menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang melarangnya membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat itu, pada 10 November, lebih kurang jam 9.30 malam, oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah melakukan tangkapan tiga anggota polis yang telah dikenalpasti untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Manakala tiga lagi suspek masih bebas.

Enam suspek yang ditahan telah direman dan kes masih dalam siasatan.

Hussein berkata, pihaknya memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak.

Oleh itu, beliau meminta kerjasama agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini. – MalaysiaGazette