KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu, Pahang dan Sarawak sehingga jam 3 petang ini.

Di Terengganu kawasan terlibat ialah di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman; Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Manakala di Sarawak pula di Kuching (Bau dan Kuching), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah) dan Bintulu.

Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast