Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 10,000 penyokong bola sepak tempatan dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) esok untuk menyaksikan perlawanan  pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Republik Kyrgyz.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, hanya 8,907 keping tiket terjual namun jumlah tersebut akan meningkat menjelang perlawanan malam esok.

Sebelum ini, FAM mengumumkan penyokong Harimau Malaya  boleh mendapatkan tiket pada harga serendah RM5 yang ditetapkan bagi kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun manakala harga tiket perlawanan ditetapkan pada harga RM40 bagi Kategori Terbuka.

Sementara tiket RM60 ditetapkan bagi Kategori Grandstand dan tiket berharga RM80 pula bagi Kategori Premium.

Penetapan harga tiket perlawanan ini untuk Kategori Terbuka sedikit berbeza dengan tiketkategori sama yang dijual untuk Aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 iaitu RM30.

Ini disebabkan taraf perlawanan Malaysia-Kyrgyzstan ialah perlawanan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Sementara itu, sebanyak RM1 dari setiap tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Selamatkan Harimau Malaya dan sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada perjuangan Palestin, RM2 daripada setiap jualan tiket akan disalurkan ke Tabung Khas Palestin.

Malaysia memulakan kempen Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 16 November ini di SNBJ. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast