Rozy Razit

KUALA LUMPUR – Seorang Exco Wanita Keadilan hari ini meminta orang ramai menghentikan penyebaran video antara dua individu yang ‘mengaibkan’ di media sosial.

Rozy Razit yang juga Ketua Biro Pembangunan Komuniti Wanita PKR berkata, isu itu perlu diselesaikan oleh pihak berkuasa.

“Saya tidak bermaksud menuding jari menyalahkan mana-mana pihak, saya sangat dukacita dengan penyebaran video tersevut dan percaya penyebaran video itu dilakukan oleh pihak tertentu yang bermotifkan politik bertujuan mendatangkan ketidaksenangan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rozy juga mengingatkan beberapa tahun lalu juga pernah tersebar video yang kononnya membabiutkan pemimpin tertentu yang kemudiannya didiamkan begitu sahaja sehingga kini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tular video lelaki persis bekas KP jabatan merayu hubungan sejenis