Pemain Harimau Malaya meraikan kemenangan selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 diantara Malaysia menentang Republik Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Kemenangan Malaysia ke atas pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menyaksikan kedudukan ranking FIFA negara bakal melonjak tujuh tangga untuk menghuni tangga ke-130 FIFA.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon yang mempamerkan kebangkitan dramatik berjaya merakamkan kemenangan 4-3 ke atas Republik Kyrgyz sekaligus menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +15.49 mata.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan memberikan tambahan mata FIFA yang cukup penting.

Tambahan mata ini menyaksikan skuad negara berjaya naik tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-137 dunia kepada 130 dunia.

Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim bergambar bersama penyokong selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 pada perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 diantara Malaysia menentang Republik Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 NOVEMBER 2023.

Malaysia kini mengumpul 1,112 mata dan menghampiri kelompok 120 terbaik dunia seperti yang menjadi sasaran Kim Pan-gon sejak mula mengambil alih pasukan.

Skuad negara dijadualkan berdepan dua aksi bulan ini dengan Taiwan bakal menjadi lawan kedua di tempat lawan pada 21 November ini.

Kedudukan ini bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pertembungan beberapa pasukan seperti Sudan yang akan berdepan Togo, Latvia menentang Croatia dan lain-lain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia.

Kemenangan berdepan Taiwan di laman lawan akan membolehkan Malaysia mengumpul mata keseluruhan menjadi 1123.26 mata untuk naik ke tangga 129 dunia. – MalaysiaGazette

Antara Penyokong Harimau Malaya yang hadir bagi menyaksikan perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 diantara Malaysia menentang Republik Kyrgyzstan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 NOVEMBER 2023.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast