LONDON – Anugerah Golden Boy edisi 2023 menjadi milik pemain sensasi Real Madrid, Jude Bellingham selepas keputusan undian diumumkan secara rasmi awal pagi tadi.
Menepati ramalan ramai, Bellingham yang juga pemain antarabangsa England mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah mengundinya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi saya untuk memenangi anugerah ini.
“Selain itu, penghargaan juga diucapkan kepada pasukan yang pernah saya wakili seperti Birmingham, Borussia Dortmund dan kini Real Madrid.
“Anugerah ini boleh dikatakan sebagai pemangkin semangat untuk tampil lebih cemerlang pada masa akan datang,” kata pemain berusia 20 tahun itu.
Dia hanya akan menerima trofi rasmi pada majlis anugerah 4 Disember depan.
Golden Boy yang telah diperkenalkan sejak 2003 adalah anugerah khusus untuk mengiktiraf pemain muda terbaik yang beraksi di Eropah berusia bawah 21 tahun.