Ismail Abd. Muttalib

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat memberitahu Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Muttalib telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu diberitahu Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini namun tidak memperincikan mengapa beliau dimasukkan ke IJN.

“Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN.

“Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati. Namun, doa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh segera,” katanya.

Ismail yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,821 undi.

Pada PRU14 lalu, Ismail memenangi kerusi terbabit atas tiket BN menewaskan pencabarnya dari Pas dan PKR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast