Chow Kon Yeow.

GEORGE TOWN –  Kerajaan Negeri memandang serius isu penjualan tanah oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) termasuk rundingan urus niaga yang dimeterai dengan UMECH Constructions Sdn. Bhd.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, punca penamatan perjanjian dengan UMECH disebabkan berlakunya perubahan struktur ekuiti syarikat itu tanpa dimaklumkan secara rasmi terlebih dahulu kepada PDC.

“Kita telah minta PDC bentangkan perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 11 Oktober lalu dan hasil daripada pembentangan tersebut, Mesyuarat MMK mengambil maklum kedudukan perkara ini dan meminta Lembaga PDC membuat satu keputusan yang wajar.

“Susulan itu, Lembaga PDC pada 16 Oktober memutuskan untuk menamatkan kolaborasi kerana berlaku perubahan ekuiti dalam UMECH Land Sdn. Bhd.

“PDC memandang berat perkara ini kerana berlaku perubahan kawalan daripada UMECH Land Sdn. Bhd. kepada pemegang ekuiti majoriti yang baharu,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kok Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan Zulkefli Bakar (Bersatu-Penanti) berhubung isu penjualan tanah oleh PDC kepada  UMECH Constructions Sdn. Bhd. serta punca penamatan perjanjian PDC tersebut.

Tambah Kon Yeow, setakat ini, tiada cadangan bagi penstrukturan semula organisasi PDC.

Media sebelum ini melaporkan pelbagai pihak sebelum ini termasuk Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC) mempersoalkan mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2) dalam daerah Seberang Perai Selatan.

Susulan itu, Lembaga PDC memutuskan untuk menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land dengan memberikan notis tiga bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast