Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di tiga negeri hari ini sehingga 12 tengah hari.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 8.50 pagi memaklumkan, antara negeri yang terbabit adalah Selangor (Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat), Sarawak merangkumi Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song).

Di Sabah pula meliputi Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

MetMalaysia melaporkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast