Lebih 100 kanak-kanak Palestin dipenjara tanpa diberi peluang membela diri dipusat tahanan Israel.

GAZA CITY – Regim Zionis dilaporkan akan membebaskan 39 tahanan Palestin hari ini berikutan perjanjian pertukaran dengan rakyat Israel yang ditawan oleh Hamas dalam serangan ke atas negara haram tersebut.

CNN melaporkan, tahanan terbabit dari dua buah penjara iaitu Damon dan Megiddo yang terletak di tenggara Haifa, utara Israel.

Mereka akan dihantar ke penjara Ofer, selatan Ramallah di Tebing Barat yang diduduki Isreal untuk pemeriksaan terakhir oleh Pasukan Palang Merah Antarabangsa sebelum dibebaskan.

Media hari ini melaporkan Hamas membebaskan 13 daripada 50 tebusan Israel pada pukul 4 petang waktu tempatan sebagai pertukaran dengan 150 rakyat Palestin yang ditahan Israel sebelum serangan 7 Oktober.

Menurut Pusat Kajian Tahanan Palestin, Addameer seramai 5,200 rakyat Palestin telah ditahan oleh Israel dan tambahan 3,000 lagi yang ditahan selepas 7 Oktober.

Tahanan terbabit meliputi 145 kanak-kanak bawah 18 tahun, 95 wanita dan 37 wartawan yang ditahan di 2,000 pusat tanpa diberikan peluang untuk membela diri.

Berikutan pertukaran tahanan itu kedua-dua pihak melaksanakan gencatan senjata sementara selama empat hari tempoh yang juga digunakan untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan. -Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast