R. Ramanan

KUALA LUMPUR – Pemimpin  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digesa jadi lebih matang, bersikap profesional dan berhenti bersangka buruk untuk mengelirukan masyarakat.

Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan berkata, sejak kebelakangan ini mereka kelihatan terdesak melakukan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti wujud memancing wakil rakyat pembangkang menyokong kerajaan.

“Rakyat juga bukan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita seperti ini. Wakil rakyat pembangkang menyokong kerajaan demi kepentingan rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Angkata Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal mendakwa dbeliau telah dihubungi wakil kerajaan bagi mengalihkan sokongan kepada Anwar.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikan maklumat berkaitan perkara tersebut pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi, Armada dan Srikandi Muda dan Bersekutu Bersatu kelmarin.

Terdapat empat ahli Parlimen Bersatu mengalihkan sokongan mereka kepada kepemimpinan Anwar iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd. Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast