Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada hari kedua Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2023 di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 24 NOVEMBER 2023.

SHAH ALAM – Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) menolak hasrat presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan tahun depan.

Keputusan itu diputuskan selepas semua perwakilan sebulat suara menolak cadangan Muhyiddin yang diumum dalam ucapan dasarnya semalam.

Pengerusi Tetap, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, Bersatu masih memerlukan kepimpinan Munyiddin.

“Perwakilan sekalian, Mesyuarat Khas MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) yang dipengerusikan Timbalan Presiden (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan kenyataan selepas itu, mesyuarat sebulat suara tidak menyokong cadangan Muhyiddin tudak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan parti.

“MPT sebulat suara kepimpinan Muhyiddin diperlukan parti dan negara,” katanya sambil disambut oleh para perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Bersatu di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Suhaimi berkata, keputusan ucapan dasar pada hari ini turut sepakat menolak mencari pengganti presiden.

“Kita juga menolak ucapan dasar Presiden Perkara 125 bahawa ini PAT terakhirnya,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin membuat kejutan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan tahun depan.

Perkara berkenaan disuarakannya ketika menyampaikan ucapan dasar.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis menerajui parti itu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin tidak pertahan jawatan Presiden Bersatu