Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen blok kerajaan berkata pihak ketiga tidak perlu mewujudkan parti baharu semata-mata untuk menarik perhatian masyarakat India.

Ahli parlimen Jelutong, RSN Rayer (PH) berkata, parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang memimpin kerajaan perpaduan sudah cukup untuk membela masyarakat India di negara ini.

“Kita (PH) akan beritahu masyarakat India bahawa tidak perlu tubuh parti baharu, parti ini (PH) sudah cukup.

“Kita nak beritahu orang lain dan pihak ketiga tidak perlu tubuhkan parti lain untuk menuntut hak masyarakat India,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM), di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Rayer berkata, semua kepimpinan India dalam DAP akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita di sini akan menyokong kerajaan perpaduan, (Ahli Parlimen) Tambun akan terus memastikan kesejahteraan semua rakyat Malaysia akan terus dibela,” katanya.

Rayer berkata demikian mengulas tindakan bekas pemimpin DAP, P Ramasamy yang mengumumkan penubuhan parti baharu bagi masyarakat India.

Parti itu dinamakan Parti Bersepakatan hak Rakyat Malaysia (Urimai) selepas hilang kepercayaan dengan konsep parti politik berbilang kaum.

Ramasamy berkata, Urimai dalam bahasa Tamil bermaksud hak. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast