Poster ucapan takziah kepada keluarga Muhamad Faqih Che Muhammad Faiz yang dimuat naik di Facebook Zahid hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Muhamad Faqih Che Muhammad Faiz.

Kanak-kanak berusia 18 bulan itu menjadi korban pertama banjir di Kelantan semalam.

“Kejadian sebegini pasti mendukacitakan. Saya amat menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya yang berada di kawasan mudah terkesan banjir agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.

“Kita bersama doakan agar semua yang terlibat dengan banjir ini dipermudahkan segala urusan dan dielakkan dari kejadian yang tidak diingini berlaku. Aaminn,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Semalam media melaporkan, Muhamad Faqih menjadi korban pertama banjir apabila ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam sungai dipercayai ketika bermain di belakang rumahnya di Kampung Kenari Kota Bharu, Kelantan.

Mayat Muhammad Faqih ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 1.40 tengahari.

Bomba sebelum itu menerima panggilan berhubung kejadian mangsa yang hilang di sungai tersebut pada jam 12.17 tengah hari.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang melakukan pemeriksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast