Adam Radlan.

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad berdepan enam lagi pertuduhan berkaitan penggubahan Wang yang melibatkan dana lebih RM3.67 juta.

Adam Radlan berdepan enam pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) [Akta 613] di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Ketika prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi membenarkan enam pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi tertuduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam dibenarkan untuk dipindahkan ke sini.

Tertuduh yang juga seorang ahli pernaigaan didakwa telah menggunakan jawatan sebagai Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM3.6 juta daripada akaun syarikat itu.

Wang itu dipindakan ke akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan tiga individu lain antaranya Nabilah Mahiaddin dan Ameer Azlan Mohd Ayob antara 1 Disember 2021 dan 27 Disember 2022.

Ketika enam pertuduhan dibacakan die hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Anita Harun pada 9 November lepas, Adam Radlan mengaku tidak bersalah.

Kini Adam Radlan berdepan 12 pertuduhan, antaranya meminta suapan rasuah dan melakukan kesalahan penggubahan wang haram (AMLA). 

Dua belas pertuduhan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin.

Azura membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kesemua kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi ahli perniagaan itu didengar di hadapan Suzana.

Dalam prosiding hari ini di hadapan Suzana, pendakwaan memberitahu, pihaknya akan membuat permohonan untuk semua kes dibicarakan bersama.

Suzana menetapkan 11 Januari depan bagi sebutan semula kes selain membenarkan jaminan yang sebelum ini ditetapkan di Mahkamah Sesyen di sini iaitu RM420,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu syarat lain menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali sehingga tamat kes.

Pada Februari lepas Adam Radlan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, atas satu pertuduhan meminta suapan iaitu wang tunai sejumlah wang hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat yang juga Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.

Satu lagi pertuduhab terhadapnya ialah menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah kerana membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

Manakala pada 22 Februari lalu, Adam Radlan didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tian Chuan dan Mat Jusoh sebagai upah bagi tertuduh membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastructure & Energy bagi mendapatkan dua projek jenis sama (Jana Wibawa).

Pada 28 January lalu pemimpin Bersatu didakwa meminta rasuah berjumlah RM2 juta daripada Lian sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa. -MalaysiaGazette