Ahli Lembaga Pengarah Bebas, DCI, Dato Azlan Abd Karim bersama para petugas barisan hadapan sempena pelancaran program Datum Care & Share di Datum Jelatek Shopping Centre.

KUALA LUMPUR – Tidak membataskan profilnya kepada pembinaan kediaman mewah serta pusat beli-belah semata-mata, Datumcorp International Sdgn. Bhd. (DCI) mengorak inisiatif mendekati pelbagai kumpulan masyarakat terutamanya para pengunjung Datum Jelatek Shopping Center.

Sempena sambutan Pra-Ulangtahun Pertama Datum Jelatek, DCI melancarkan ‘Datum Care & Share’ bagi menghargai sumbangan golongan tertentu berdasarkan keperluan serta situasi semasa.

Menariknya bagi ‘Datum Care & Share’ 1.0, DCI memilih para petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan pelbagai agensi lagi untuk menerima sumbangan yang biar pun kecil tetapi berterusan.

Program yang dilancarkan hari ini khusus buat para petugas barisan hadapan di sekitar Jelatek, Setiawangsa, Keramat dan juga mereka yang tinggal atau bertugas di pemukiman daerah Ampang selain terbuka kepada seluruh anggota pasukan beruniform di Malaysia.

Para petugas barisan hadapan yang berkunjung ke Datum Jelatek Shopping Centre dengan berpakaian seragam dan memaparkan kad pengesahan anggota atau kad kerjadi kaunter utama aras G, layak untuk menikmati keistimewaan Datum Care & Share iaitu berupa baucer yang telah disediakan.

Ahli Lembaga Pengarah Bebas, DCI, Dato Azlan Abd Karim berkata, usaha terbaharu ini adalah bagi menghargai segala pengorbanan dan perkhidmatan para petugas barisan hadapan kepada masyarakat terutama di sekitar Jelatek.

“Umum sedia maklum “frontliners” ini berperanan besar dalam memastikan keselamatan, kesihatan, kebersihan serta keharmonian masyarakat setempat berada dalam keadaan yang baik.

“Ini menjadikan urusan seharian dan kehidupan kita semua berjalan sempurna,” katanya sambil menambah program ‘Datum Care & Share’ yang merupakan salah satu cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) DCI akan diperluaskan kepada pelbagai pihak seperti media, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti diadakan hari ini sebagai gimik pelancaran ‘Datum Care & Share’ termasuk contengan mural Bridging The Community yang menjadi simbolik kebersamaan semua pihak badan berunifom, masyarakat dan juga Datum Jelatek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast