Tebusan Israel bersalam dengan tentera Hamas ketika dibebaskan.

TEL AVIV – Israel dan Hamas bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata hari ini menjadikan ia genap tujuh hari sejak ia dilaksanakan Jumaat lepas.

Menurut Al Jazerra, persetujuan tersebut diumumkan pada pukul 7 pagi waktu tempatan bagi membolehkan 10 lagi tahanan Israel dibebaskan.

Enam belas tawanan Israel dan warga asing dibebaskan dari Gaza pada hari Rabu dan 30 tahanan wanita dan kanak-kanak Palestin dibebaskan dari penjara Israel awal pagi Khamis.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast