SERDANG – Polis telah menahan lapan individu termasuk tiga anggota polis yang terlibat dengan kes culik wartawan Bangladesh pada 7 November lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, empat daripadanya telah dituduh termasuk seorang anggota polis.

“Tuduhan telah dibuat 22 November yang lalu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan  Program Go To Safety Points anjuran Petronas di Stesen Minyak Petronas Solaris Serdang.

Wartawan Bangladesh mendakwa diculik dan diseksa selama tiga hari oleh beberapa lelaki tempatan yang mengaku anggota polis.

Beliau diculik di sebuah rumah sekitar Klang, Selangor.

Kumpulan lelaki berkenaan yang meminta wang berjumlah RM1.9 juta daripada mangsa jika mahu dilepaskan.- MalaysiaGazette