GEORGE TOWN – Jambatan Kedua Sdn. Bhd.(JKSB) memaklumkan telah membuka dua lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Bandar Cassia bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.

JKSB dalam satu kenyataan berkata, dua lorong yang terlibat adalah di Lorong K23 (Plaza Tol B) dari arah Lebuh Raya Utara-Selatan ke Bandar Cassia dan Lorong M4 (Plaza Tol C) dari Bandar Cassia menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Kedua-dua lorong manual RFID ini boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu di sebelah pagi bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi manakala petang pula, antara jam 4.30 petang hingga 7 malam.

“Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak.

“Petugas tol akan dilengkapi dengan peranti mudah alih (portable reader) di lorong manual berkenaan untuk mengimbas tag atau pelekat RFID, bagi membantu mempercepatkan transaksi pengguna,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, JKSB turut menasihatkan orang ramai agar memastikan baki di dalam kad atau e-wallet sentiasa mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast