Sebahagian anak kucing yang ditemui mati. Foto FB Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association

KUALA LUMPUR – Ganjaran RM5,000 akan diberikan kepada individu yang dapat menyalurkan maklumat identiti pelaku yang merendam lebih 15 ekor anak kucing hingga mati di Pasar Borong Jerantut, Pahang.

Menurutnya, tawaran itu bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang.

Kejadian disedari pada 29 November 2023 oleh seorang pengadu yang merupakan penduduk berdekatan di Jerantut dan diserahkan kepada MAA kira-kira jam 8.00 malam.

Persatuan itu berkataa, laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat di Bali Polis Jerantut semalam.

“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga menemui kematian ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749,” katanya.

MAA turut memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya. – MalaysiaGazette