KUALA LUMPUR – Unifi melancarkan Pelan Pascabayar dan Pelan Keluarga UNI5G #Unstoppable terbaharunya, memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia dan membawakan pengalaman 5G ke dalam kehidupan seharian mereka.
Pelan-pelan mudah alih baharu ini menyediakan pelbagai nilai tambahan, membentuk semula sempadan ketersambungan dan digital yang memenuhi keperluan individu dan keluarga.
Ketua Pegawai Komersial Segmen Pengguna Unifi, Jasmine Lee berkata, pelan-pelan terbaharu ini juga mengukuhkan peranan Unifi sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan konvergens sebenar di Malaysia, dan mengukuhkan penyelesaian perkhidmatan talian tetap, mudah alih, gaya hidup dan perniagaan kami untuk memenuhi permintaan digital hari ini.
“Dalam memperkasakan negara digital, pelan baharu ini menjadikan teknologi 5G lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, dengan tumpuan penggunaan untuk seluruh keluarga.
“Dengan liputan mudah alih yang merangkumi lebih daripada 95% populasi negara dan baru-baru ini dinobatkan sebagai pemenang Ookla® 2023* dalam menyampaikan pengalaman video mudah alih terbaik di Malaysia, pelan UNI5G kami memperkasakan individu dan keluarga untuk memanfaatkan 5G, tanpa menjejaskan kualiti dan dengan harga mampu milik,” katanya.
Tawaran utama pelan terbaharu Unifi #Unstoppable ialah Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G (UNI5G Postpaid Family) berharga RM129.
Pelan yang asalnya ditawarkan dengan data 150GB, kini pelanggan akan menerima data 5G + 4G tanpa had apabila mereka mendaftar dalam tempoh promosi masa terhad bermula 28 November.
Pelan tersebut juga menawarkan telefon pintar 5G percuma yang membolehkan pelanggan beralih kepada 5G dengan lancar, serta panggilan tanpa had, dan satu talian tambahan percuma dengan 30GB data 5G + 4G.
Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang lebih besar, Unifi turut menawarkan pelan-pelan Pascabayar Keluarga UNI5G dengan dua dan tiga talian tambahan percuma masing-masing berharga RM159 dan RM189 – menjadikan akses 5G lebih mampu milik untuk seisi keluarga, tanpa mengira jumlah, melalui satu pelan mudah alih.
Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G baharu di atas, bersama-sama dengan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi Unifi yang terkini, akan menikmati data 5G +4G tanpa had untuk talian utama dan semua talian tambahan.
Pelanggan jalur lebar tetap Unifi sedia ada yang melanggan pelan Pascabayar Keluarga UNI5G baharu juga akan menikmati tawaran yang sama.
Jasmine berkata, Unifi turut melancarkan tiga pelan pascabayar baharu untuk pengguna individu iaitu pascabayar 99 UNI5G, salah satu tawaran yang berbaloi dalam pasaran, yang disertakan dengan data 5G + 4G tanpa had sepanjang tempoh promosi, dan telefon pintar 5G
percuma.
Selain itu, pascabayar 69 UNI5G,dengan data 5G tanpa had sepanjang tempoh promosi, dan rebat telefon pintar 5G terpilih dan pascabayar 39 UNI5G, salah satu pelan pascabayar dengan harga yang paling mampu milik dengan 30GB data 5G + 4G, untuk mereka yang beralih daripada pelan prabayar seperti golongan profesional muda.
Langganan pelan Pascabayar Keluarga UNI5G, Pascabayar 99 UNI5G, atau Pascabayar 69
UNI5G bersama-sama Jalur Lebar Unifi 300Mbps dan ke atas, juga akan menerima rebat bulanan sebanyak RM20, selagi mereka kekal sebagai pelanggan Unifi yang aktif. – MalaysiaGazette