Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu dan kemungkinan penghapusan arang batu lebih awal dengan mempamerkan pendekatan yang berpandangan ke hadapan terhadap tindakan mitigasi iklim dan kelestarian alam sekitar.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyertai pelancaran acara coal transition accelerator Perancis semasa Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP) kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Dubai pada Sabtu, menggariskan cabaran besar yang dihadapi oleh Malaysia dan negara membangun yang lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata cabaran ini merangkumi bidang tenaga, ekonomi, sosial dan alam sekitar, terutamanya bagi negara yang bergantung kepada loji arang yang masih awal dan baru.

Walaupun begitu, menteri itu menekankan dasar Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap pembinaan dan pembangunan loji arang batu baharu sambil menyarankan keperluan untuk mewujudkan sistem tenaga yang boleh dipercayai, kos efektif dan mampan dalam menghadapi halangan ini,.

Sementara itu, pada acara berkenaan, Nik Nazmi turut menyatakan minat Malaysia untuk memahami perjanjian Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP) yang disertai kerajaan Vietnam, dalam merealisasikan pembiayaan dan sokongan untuk peralihan tenaga mampan, yang mana boleh dicontohi oleh Malaysia. – BERNAMA