KUANTAN – Kerajaan Pahang dalam proses membina 150 Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik (EV) Modular Mudah-Alih dengan sistem simpanan kuasa bateri bagi kegunaan mengecas kenderaan elektrik di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan stesen itu akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.
Menurutnya, pusat pengecas EV itu telah beroperasi di beberapa buah stesen minyak Petronas terpilih dan ia ditambah dari masa ke semasa.
”Pengecas EV buat masa ini ada di Petronas dan akan ditambah lagi. Bila kita cakap pasal kereta elektronik ini ramai yang melahirkan kebimbangan mereka kerana risau tidak dapat kembali ke tempat mereka bertolak.
“Contoh dari Kuantan ke Cameron Highlands, mereka risau tak dapat patah balik sebab tak dapat cas. Sebab tu kita berusaha menambah pusat pengecas menjelang 2025 di seluruh negeri ini, di Kuantan lebih sikit sebab populasi ramai,” katanya ketika ditemui di Pusat Servis 4S Chery di Pusat Perindustrian Semambu di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, Wan Rosdy berkesempatan memandu uji kereta elektrronik model terbaharu dari Cherry dikenani Odomo E5 dan berkongsi pengalaman memandu kenderaan tersebut.
”Saya test drive tadi, menarik semuanya digital boleh dikatakan boleh dikatakan senyap dan teknologi untuk mengendalikan kereta ini seperti i-Phone.
”Mereka yang berminat boleh datang mencuba dan melihat dengan lebih dekat.
“Terima kasih kepada Chery kerana memilih Kuantan sebagai 4S untuk kereta jenis Chery ini di kawasan Pantai Timur,” tambahnya. – MalaysiaGazette