Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.4 melanda Mindanao, Filipina pada jam 9.07 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa itu berlaku pada jarak 61 kilometer timur dari Bislig, Filipina.

Menurut kenyataan MetMalaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 8.1° Utara dan 126.8° Timur dengan kedalaman 84 kilometer (km).

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette