KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri sedang memantau rapat perkembangan Taufan Michaung, yang telah melanda beberapa daerah di selatan India.

Daerah-daerah tersebut ialah Chennai, Tiruvallur, Kancheepuram dan Chengalpattu di Tamil Nadu serta Nellore dan Bapatla di Andhra Pradesh.

Taufan yang membawa angin berkelajuan 90 hingga 100 kilometer itu mengakibatkan banjir serta gangguan bekalan elektrik sejak pagi Isnin sekali gus menghentikan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan yang terjejas dinasihatkan menjaga keselamatan diri dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai seperti maklumat di bawah:

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi
Telefon : +91-11-2415 9300 / +91-85955 50594 (selepas waktu pejabat)
Faks : +91-11-2688 1538
E-mel/ Laman sesawang : [email protected]
(https://www.kln.gov.my/web/ind_new-delhi/home)

Konsulat Jeneral di Chennai
Telefon: +914424334434/35/36/ +917550022001
Emel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/mwchennai.chennai

– MalaysiaGazette