TEL AVIV – Anak menteri dalam Kabinet Perang Israel, Gadi Eiznkot dilaporkan maut dalam serangan pejuang Palestin Hamas di Gaza.
Gal Meir Eiznkot, 25, merupakan askar simpanan dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dari Batalion 699 Briged ke-551.
Gadi, bekas ketua kakitangan IDF yang kini menjadi menteri dalam kerajaan darurat bagi pihak parti Perpaduan Nasional dipimpin Benny Gantz.
Beliau turut mengetuai pembuatan keputusan dalam kempen perang di Gaza.
Beliau menerima berita kematian anaknya semasa melawat pasukan IDF Komando Selatan IDF bersama Gantz.
Gal Eisenkot terbunuh selepas bom meletup dalam aci terowong di kem pelarian rakyat Palestin di Jabaliya, Gaza.
Dia dibawa dalam keadaan teruk ke hospital di Israel, di mana dia meninggal dunia akibat kecederaannya. Dia dijadualkan untuk dikebumikan pada hari Jumaat di Herzliya.
Berita Channel 12 memetik bekas ketua perisikan IDF Tamir Hayman sebagai berkata; “Pada permulaan perang Gadi memberitahu saya dia berhasrat untuk menguruskan perang seolah-olah anaknya berada di hadapan kempen ketenteraan dan anak perempuannya diculik di Gaza”.
Dan kemudian menyatakan dalam gaya bersahaja berkata; “Anak perempuan saya tidak diculik tetapi anak lelaki saya berada di hadapan”.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memuji Gal Eisenkot sebagai “seorang pahlawan yang berani dan pahlawan sejati.”
“Wira kami tidak mati sia-sia. Kami akan teruskan sehingga kemenangan,” kata Netanyahu.
Menteri Pertahanan Yoav Gallant berkata; “Semoga kita layak untuk pengorbanan Gal dan semua orang yang gugur dalam perang yang adil ini.”
IDF turut melaporkan seorang lagi anggotanya, Jonathan David Deitch, 34, dari Batalion Peninjau 6623 Briged ke-55, dari Harish juga terkorban dalam serangan Hamas di selatan Gaza.
Kematian dua lagi tentera yang memerangi Hamas di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian anggoa IDF dalam serangan darat kepada 89 orang.
IDF turut melaporkan, tiga tentera lain cedera parah dalam pertempuran dan dibawa ke hospital untuk rawatan perubatan. – Agensi