bukit jalil
Keadaan sebahagian padang SNBJ seperti yang dirakamkan jurugambar MalaysiaGazette pada 8 Disember 2023.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh kesal dengan kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memastikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam keadaan yang baik untuk aksi final Piala Malaysia 2023 malam ini.

Malah beliau menyifatkan Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac tidak layak memegang jawatan tersebut.

Hans Isaac, you don’t deserve this seat!! Ini bukan filem yang boleh berlakon hero,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Sebahagian padang SNBJ yang baru sahaja dibaik pulih rosak semula selepas penganjuran konsert Coldplay di lokasi itu, 22 November lalu.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ‘menyindir’ Hans setelah mendapati keadaan padang SNBJ yang tidak memuaskan menjelang pertembungan antara JDT dan Terengganu.

Dr Akmal menasihatkan Hans agar mendengar nasihat daripada mereka yang berpengalaman memandangkan pengurusan stadium merupakan perkara di luar bidang kepakarannya.

“Dengar nasihat dari pekerja bawahan sampailah pegawai atasan sebelum buat keputusan.

“Bukan dapat jawatan, lepas tu degil rasa diri hebat dengan jawatan yang ada,” katanya. – MalaysiaGazette