Kaunter diskaun saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani mendapat sambutan di luar jangka daripada orang ramai.
Pengunjung yang datang sanggup beratur panjang dan menunggu berjam-jam untuk mendapat giliran.
Susulan sambutan yang menggalakkan, waktu operasi kaunter dilanjutkan sehingga jam 9 malam.