Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang piala selepas menewaskan Terengganu FC yang berkesudahan 3- 1 pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Tazim (JDT) menjulang Piala Malaysia edisi 2023 dengan menewaskan Terengganu FC 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Seperti musim lalu, kajayaan malam ini menyaksikan pasukan dari selatan tanah air itu memastikan piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia kekal miliknya.

Pada aksi final Piala Malaysia malam ini, skuad bimbingan Solari Esteban Adres membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 apabila Fernando Forestiera dikasari dalam kotak penalti.

Penyerang Bergson Gustavo Silveira Da Silva mudah menewaskan Suhaimi Husin.

Tersentak dengan jaringan itu, usaha Terengganu menyamakan kedudukan berhasil apabila selepas Ivan Mamut dijatuhkan oleh Jordi Amat pada minit ke-19.

Mamut  dengan tenang menyempurnakan penalti untuk menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bagi membolehkan pasukannya mengikat kedudukan.

Permainan semakin menarik selepas itu dan JDT berpeluang untuk menambah gol namun ketangkasan Suhaimi mengekalkan keputusan 1-1 untuk separuh masa pertama.

Pemain Terengganu FC, Ivan Mamut diasak pemain JDT pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu Fc di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 08 DISEMBER 202

Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan berpeluang menambah jaringan.

JDT sekali lagi mendahului pada minit ke-72 untuk menerusi pemain gantian, Muhammad Feroz Baharudin yang mudah menanduk hantaran Heberty Fernandes untuk menggerkan gawang lawan untuk kali kedua.

Terengganu yang cuba bangkit terpaku apabila JDT sekali lagi diberi sepakan penalti apabila setelah Arif Aiman Hanapi dikasari oleh Muhammad Shahrul Nizam pada masa kecederaan.

Arif Aiman tidak mesia-siakan peluang itu bagi memastikan Piala Malaysia milik kelabnya. – MalaysiaGazette