Gambar hiasan

KUALA LUMPIUR – Polis mengesahkan penemuan semula seorang pelajar sekolah, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, selepas hilang sejak 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, bertindak atas maklumat awam semalam kira-kira pukul 11 malam, ibu bapa mangsa bersama guru sekolah telah pergi ke sebuah Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak Cheras sebelum menjumpai semula mangsa.

“Pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zam Halim, pelajar itu kemudian telah dirujuk ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz Cheras di sini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan oleh polis untuk mengetahui sebab kenapa mangsa boleh berada di tempat tersebut selepas hilang sejak Khamis lalu,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang membantu sehingga mangsa dapat dijumpai semula dalam keadaan selamat.

Terdahulu polis menerima laporan polis pada 7 Disember lalu  mengenai seorang pelajar lelaki telah hilang dari kawasan sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras sebelum tindakan hebahan mencari mangsa telah disebarkan di media sosial. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Daniel Akmal sudah ditemui