Lokasi anak sungai menjumpai mayat mangsa bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan selepas dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor. Foto NUR SYADILA AMARI, 09 DISEMBER 2023

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada malam Isnin lalu.

Tinjauan MalaysiaGazette di lokasi kejadian mendapati sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik PDRM dipercayai dari Polis Kontinjen Selangor tiba di lokasi kira-kira jam 11.45 pagi untuk mencari bukti baharu.

Selain itu kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor turut berada di lokasi kajian.

MalaysiaGazette difahamkan mereka akan melakukan kerja-kerja menyedut keluar air takungan berhampiran saliran di mana kanak-kanak berusia 6 tahun itu ditemui.

JPS memulakan kerja mengepam air kira-kira jam 12.20 tengah hari namun hujan lebat di lokasi.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di saliran berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman kira-kira jam 10 malam, 6 Disember lalu.

Pada awalnya kematian Zayn Rayyan disiasat sebagai mati mengejut (SDR) namun ia diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh apabila hasil bedah siasat telah menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast