Keadaan di dalam Hospital Kamal Adwan. Foto Anadolu Agency

GAZA – Tentera Israel telah menahan Ahmed al-Kahlout, Pengarah Hospital Kamal Adwan, bersama semua kakitangan perubatan di dalam kemudahan itu, kata Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di sini.

Askar rejim Zionis itu melakukan siasatan di bawah ancaman di dalam jabatan kecemasan hospital,” kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra.

Tentera Israel menyerbu Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza selepas mengepungnya selama beberapa hari, menurut al-Qudra.

Mereka mengumpulkan lelaki Palestin, termasuk kakitangan kesihatan, di halaman hospital tersebut.

“Kami menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Palang Merah bertindak segera untuk menyelamatkan orang di dalam hospital dan melindungi mereka,” kata al-Qudra.

Pada hari Isnin, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, tentera Israel mengepung hospital di bandar Beit Lahia. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast