Islam terancam badal haji pelik seks songsang
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa wajar bertindak terhadap mana-mana pihak yang didapati mengancam masyarakat dengan akhlak buruk termasuk fitnah.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, gejala tersebut merupakan ancaman terhadap generasi muda.

Menurut beliau, hak masyarakat perlu diutamakan berbanding kepentingan sempit pihak tertentu yang mahu berkuasa sehingga mengorbankan akhlak mulia yang diajar oleh Islam.

“Kita tidak wajar membiarkan masyarakat dirosakkan keharmonian dan perpaduannya dengan pelbagai fitnah, persepsi jahat, adu domba, maki hamun dan celaan.

“Apatah lagi generasi remaja dan anak muda berhak untuk berkembang dalam acuan pendidikan yang berakhlak,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, portal The Edge melaporkan, jumlah permintaan daripada Kerajaan Perpaduan untuk menyekat akses di pelbagai platform media sosial mlik Meta dan TikTok menunjukkan peningkatan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Sepanjang tempoh tersebut, Meta mengehadkan kira-kira 3,100 laman dan hantaran di Facebook dan Instagram daripada diakses pengguna di negara ini kerana didakwa melanggar undang-undang.

Selain itu, Meta menyekat capaian lebih 3,500 kandungan susulan laporan yang dbuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

TikTok pula telah menerima sebanyak 340 permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk memadam atau mengehadkan capaian kandungan sepanjang tempoh sama, melibatkan 890 hantaran dan akaun. – MalaysiaGazette