Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.

KUALA LUMPUR – Jenama tudung terkenal Ariani menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada program Ariani Hijab Run di hadapan House of Ariani di sini hari ini.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, sumbangan itu sebahagian usaha pihaknya memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan ketika bencana banjir yang sering melanda terutama pada hujung tahun.

“Saya bersyukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia kami dan berharap agar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.

Ariani Run Fun turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad.

Mengenai Ariani Hijab Run 2023, ia adalah penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016.

Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Menariknya, larian fun run sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km itu turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad.

Bella berkata, acara kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata kerana Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini.

“Ia yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka,” katanya.

Pada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.

Ariani Hijab Run 2023 turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai jenama ternama termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), KPJ Ampang Puteri, POKKA, Daia, Habib, Gleneagles Hospital, Move Fitness, Good Virtues Co, Chomel, Bonda Haven, Kina Cosmetics, dan Fazs Faozi. – MalaysiaGazette

Ariani Run Fun mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta yang majoritinya adalah wanita.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast