Yu Man Bantuan Prihatin Pahang (BPP) menyerahkan Majlis Penyerahan BPP Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung tahun 2023 bagi Daerah Jerantut di Dataran Kuala Tahan, hari ini.

JERANTUT – Seramai 404 orang pengusaha pemandu bot pelancong, malim gunung serta pemandu pelancong yang aktif di Jerantut hari ini menerima bantuan bernilai RM8,080 daripada kerajaan negeri menerusi Tourism Pahang.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, penyerahan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung tahun 2023 di daerah Jerantut merupakan golongan paling ramai di negeri ini.

”BPP diberikan ini secara tahunan bertujuan membantu rakyat menerusi pelbagai bentuk inisiatif melibatkan empat kluster utama iaitu Kluster Pelajar dan Anak Muda, Kluster Golongan B40, Kluster Masyarakat Umum (termasuk pelancongan) dan Kluster Pemberian Aprisiasi dengan peruntukkan bernilai RM42.4 juta.

”Pengagihan BPP bagi Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung ini telah bermula pada 30 November 2023 yang lepas dan pengagihan berakhir hujung Disember 2023 ini melibatkan seluruh daerah di Pahang.

“BPP ini dapat membantu meringankan beban kepada pemandu bot pelancong, malim gunung dan pemandu pelancong dan secara tidak langsung memberi suntikan motivasi kepada mereka dalam bidang yang diceburi,” kata Yu Man.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang itu berkata demikian menerusi kenyataan semasa Majlis Penyerahan BPP Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung tahun 2023 bagi Daerah Jerantut di Dataran Kuala Tahan hari ini.

Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM160,000 menerusi program BPP Kluster Pemandu Bot Pelancong dan Malim Gunung pada tahun ini yang memberi manfaat kepada 800 orang penerima seluruh negeri.

Bantuan bernilai RM7,400 melibatkan seramai 37 orang pengusaha pemandu bot pelancong, malim gunung serta pemandu pelancong iaitu masing-masing 22 orang di daerah Bentong dan 15 orang di Raub telah diserahkan semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast