Kapal USS Gerald R. Ford Carrier Strike Group akan digerakkan ke kawasan operasi Tentera Laut AS di Afrika- Eropah. Sumber Google

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan pelancaran misi multinasional  bagi membalas serangan Houthi Yaman ke atas kapal komersial di Laut Merah,

Agensi berita Anadolu melaporkan, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berkata, peningkatan serangan Houthi mengancam aliran perdagangan bebas, membahayakan keselamatan pelaut yang tidak bersalah serta melanggar undang-undang antarabangsa.

“Ini merupakan isu antarabangsa yang memerlukan tindakan kolektif. Oleh itu, hari ini saya mengumumkan penubuhan ‘Operation Prosperity Guardian’.

“Misi ini adalah satu inisiatif keselamatan multinasional baharu dan penting di bawah kepimimpinan Gabungan Tentera Laut Antarabangsa serta Task Force 153, yang memfokuskan keselamatan di Laut Merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, Operation Prosperity Guardian itu dianggotai 10 negara termasuk United Kingdom (UK), Bahrain, Kanada, Perancis, Itali, Belanda, Norway, Seychelles dan Sepanyol.

Menurut Austin, misi itu bertujuan untuk mengatasi cabaran keselamatan di Laut Merah selatan dan Teluk Aden, untuk memastikan kebebasan pelayaran bagi semua negara serta memperkuat keselamatan dan kemakmuran rantau tersebut.

Beliau berkata, Laut Merah adalah laluan air kritikal yang penting untuk kebebasan pelayaran dan ia merupakan koridor komersial utama yang memudahkan perdagangan antarabangsa.

“Negara-negara yang ingin mempertahankan prinsip asas kebebasan pelayaran mesti bersatu untuk menangani ancaman yang ditimbulkan oleh Houthi Yaman yang melancarkan peluru berpandu balistik dan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) ke atas kapal dagang dari pelbagai negara yang berlalu secara sah di perairan antarabangsa,” ujarnya.

Serangan Houthi terhadap kapal komersial meningkat ekoran konflik Gaza yang bermula pada awal bulan Oktober lalu. -Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. as bodoh ke atau buta mata hati,keselamatan laut merah ancaman dari Houti – masalah antarabangsa,yang Israel zionis serang Palestina tu bukankah tanggungjawab antarabangsa juga,as dan sekutunya menyekat PBB untuk menyelesaikan di Palestina tu pun masalah antarabangsa,as (Amerika syarikat),Israel zionis inilah negara penjajah yang tunggu masa hendak hancur dgn izin ALLAH SWT.

  2. Amerika laar yang punca penghancuran di seluruh dunia, batu api pon dia, cucuk jarum pon dia, senang cerita the reality of terrorists true behind illuminaty & freemason shadow mask.

  3. Mana² negara yg mengikuti Amerika dan sekutunya adalah negara yg menyokong genocide Israhell dan wajib dimusuhi…Malaysia wajib menghentikan apa² kerjasàma dengan negara² mangkok tingkat ni…lebih baik bekerjasama dengan negara China dan Rusia yg mana negara² ini lebih menghormati tetangganya..mesti ada mengatakan Rusia serang negara tetangganya Ukraine..ada sebabnya mereka terpaksa dan tidak bom suka hati rakyat awam Ukraine..Israhell amat bongkak apabila ada negara lahanat seperti Amerika menyokong mereka… Malaysia mesti berpendirian tegas dalam isu Palestine ini dan jadi bacoi..kami rakyat menyokong apa² juga tindakkan utk membantu Palestine…free² Palestine.

  4. Betul tu. mengapa laluan ke gaza dihalang untuk misi menghantar bantuan kemanusiaan. laluan darat tak boleh lalu. laluan udara pun tak boleh lalu.

Comments are closed.