Foto wajah Farouk Al-Khatib sebelum dipenjarakan dan tiga selepas itu.

RAMALAH – Perubahan ketara fizikal seorang pemuda Palestin yang ditahan dalam penjara Israel dalam tempoh tiga bulan mengejutkan dunia.

Farouk Al-Khatib dilaporkan telah dibebaskan semalam oleh rejim Israel semalam dalam keadaan yang amat menyayatkan hati.

Foto yang dikongsi di media sosial sebelum beliau dipenjarakan dan ketika dibebaskan selepas tiga bulan memperlihatkan pemuda yang tegap itu berubah menjadi lelaki kurus kering.

Pada wajahnya, pemuda dari Ramallah, Tebing Barat itu kelihatan kepedihan dan kesengsaraan yang mengambarkan hari-hari yang dilalui sepanjang tiga bulan dalam penjara Israel penuh dengan penyeksaan.

Farouk Al-Khatib bersama anak perempuannya.

Perkongsian yang dilakukan oleh Quds News Network di X mengundang simpati masyarakat antarabangsa.

“Apa yang telah mereka lakukan kepada lelaki ini? Seorang ibu akan hancur hati menyaksikan anaknya yang sangat menyayat hati!” kata Tricia.

“Oh Tuhanku (OMG), lelaki malang ini, mentalnya tidak akan pulih jelas telah melalui penyeksaan mental dan fizikal yang teruk, membuatnya kelaparan, ini hanya mengerikan,” komen Jane Anne Seymour.

“OMG. Dia kelihatan seperti keluar dari Auschwitz (penjara Nazi untuk bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua). Ini sangat sukar untuk dilihat. Saya tidak dapat membayangkan betapa kecewanya keluarganya. Kezaliman IDF dan Zionis tidak mengenal batas,” kata Lucy.

“Jerman 1945, ini sangat mengerikan,” komen Judels.

“Rejim biadab yang tidak bertamadun. Apa yang mereka sekarang adalah membunuh, mencuri penyeksaan. Itu legasi mereka,” kata OmarElMoukthar.

“Harap pulih dan beritahu dunia kisah anda. Anda tidak bersendirian,” kata Chirs Myles.

“Adakah Israel masih mempertahankan dirinya?” soal Makaveli.

“Bayangkan kemarahan yang akan berlaku jika tebusan (Israel) yang dibebaskan oleh Hamas seperti itu. Kasihannya,” kata Basphem.

Farouq Khateeb yang telah berkahwin dan mempuntyai seorang anak perempuan diculik oleh pihak berkuasa Israel dan ditahan selama tiga bulan tanpa apa-apa pertuuduhan.

Palestibe Captives pada 3 Disember lalu melaporkan, Farouk Al-Khatib telah ditahan di Penjara Nafha dan berat badan pemuda itu telah hilang hampir 27 kilogram.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast