Lori treler yang terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Tanjung Kupang arah Selatan, Iskandar Puteri awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR –  Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Plaza Tol Tanjung Kupang arah Selatan, Iskandar Puteri awal pagi tadi.

Jabatan Bombadan Penyelamat Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.04 pagi.

Komander Operasi, PBK II Hairulnizam bin Mohd Noh berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah lori yang membawa muatan PVC dengan sebuah bas pekerja dan dua buah motosikal.

Kemalangan itu telah menyebabkan dua orang penunggang motosikal telah tersepit di bawah lori.

Pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi penyelamatan untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit itu.

Namun, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast