KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita ditemui di laluan pejalan kaki ke stesen LRT3 Sri Andalas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima aduan mengenai penemuan mayat itu pada jam 6.10 pagi.
Katanya, pengadu yang merupakan pengawal keselamatan di Stesen LRT 3, telah terlihat mayat tersebut ketika melakukan rondaan.
“Siasatan polis mendapati wanita itu adalah warga tempatan berusia 47 tahun dan merupakan seorang gelandangan.
“Mayat wanita itu telah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk proses bedah siasat,” katanya.
Setakat ini pihak polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR).- MalaysiaGazette