KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditemui mati dalam sebuah bilik hotel di Genting Highlands kira-kira jam 9 pagi semalam.
Lelaki itu adalah warga tempatan berusia 51 tahun.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar berkata, susulan kejadian itu seorang lelaki wargaasing berusia 45 tahun ditahan pada hari sama, dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.
Suspek sudah direman tujuh hari bermula hari ini.
Menurut Zaiham, simati bekerja sendiri dan memiliki 23 jenayah lampau termasuk kes dadah.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat kejadian tersebut tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD BEntong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette