GAZA CITY – Tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Gaza dengan sekurung-kurangnya 70 terbunuh selepas regim zionis mengebom kem pelarian Maghazi.
Tidak cukup dengan itu, wartawa Al Jazeera melaporkan, tentera penceroboh turut menyerang jalan utama antara kem pelarian dan Hospital Syahid Al-Aqsa.
Tindakan itu bagi menghalang ambulans dan kru paramedik daripada sampai ketempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang cedera.
Sementara itu Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan jumlah korban di Gaza kini meningkat kepada 20,424 orang dan 54,036 lagi cedera.
Manakala di Tebing Barat yang dijajah Israel sejumlah 303 orang maut dan 3,450 lagi cedera sejak serangan ganas berlaku pada 7 Oktober. – Agensi