KUALA LUMPUR – Pengunjung Car Boot Sale di Damansara, dekat sini, semalam dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan berhampiran.

Video mengenai kejadian tersebut tular di media sosial sejak malam tadi.

Mangsa kemungkinan sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu.

Turut ditemui dalam kereta berkenaan satu nota dipercayai ditinggalkan mangsa yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.

“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” menurut nota berkenaan.

Sehingga kini polis belum memberi kenyataan berkenaan kejadian tersebut. – MalaysiaGazette