Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Individu yang bergelar ‘Tun’ wajar disiasat jika mereka gagal menjelaskan di mana atau bagaimana mendapat wang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersetuju dengan tindakan itu berkata, syak wasangka sahaja sudah memadai bagi pihak berkuasa untuk menyita harta individu terbabit.

“Tidak perlu mendapatkan bukti dokumen tentang salah laku mereka. Syak-wasangka sahaja sudah memadai.

“Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka juga perlu direman sehingga mereka mendedahkan sumber wang mereka. Jika tidak, itu pasti kerana mereka bersembunyi,” katanya sinikal.

Dalam kenyataan yang pendek di media sosialnya, Dr Mahathir berkata, rasuah harus dibenteras melalui pelbagai cara yang diperlukan.

Tambah perdana menteri sebanyak dua kali itu Peguam Negara (AG) mempunyai hak sepenuhnya untuk membuat atau menarik pendakwaan.

“Jika AG berpendapat tuduhan itu berpunca daripada politik, itu adalah hak AG untuk tidak meneruskan pendakwaan. Pasport hendaklah dikembalikan.

“Ini adalah hak AG. Mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan AG. Malaysia benar-benar mematuhi kedaulatan undang-undang. Malah pesalah pertama mesti menerima kuasa penuh kedaulatan undang-undang.

“Jika hukuman sebat adalah wajib maka pesalah hendaklah disebat. Di Malaysia undang-undang adalah tertinggi. Kita semua mesti mematuhinya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita bangunan Menara Ilham milik seorang tokoh korporat bergelar ‘Tun’.

Menurut notis SPRM, agensi pencegah rasuah itu merampas menara itu selepas mendapati kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

“Ambil maklum bahawa mengikut Seksyen 38(5) Akta SPRM 2009 di mana sesiapa yang melanggar notis ini atau melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan notis ini telah melakukan kesalahan yang boleh didenda tidak lebih daripada dua kali ganda jumlah nilai tersebut atau RM50,000 atau mana-mana jumlah yang lebih tinggi dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun,” kata notis itu.

Notis tersebut disiarkan dalam iklan bertarikh 18 Disember lalu oleh SPRM dalam media tempatan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Aikkk saka tua..ko bukan main lagi dengan syak wasangka ko aniaya Najib…ko mmg manusia hina..anak beranak kaki sakau…aku harap ko mampus dalam penjara

    • syak wasangka kepala abah ko…kes jibby tu dh terang² bukti kukuh dia penyamun…xyah nk jilat sgt la cai puihh…

Comments are closed.