Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Datuk Jeffrey Ng Choon Ngee menafikan tumbesaran ayam yang lebih perlahan pada masa ini adalah disebabkan kualiti makanan ternakan.

Beliau sebaliknya berkata, tumbesaran ayam adalah dipengaruhi oleh iklim kerana keadaan yang lembab boleh menjejaskan kesihatan ternakan.

Katanya, musim tengkujuh pada hujung tahun menyebabkan cuaca lembab dan dan suhu menurun.

“Disebabkan cuaca sedemikian, anak ayam mudah jatuh sakit dan penternak perlu memberi lebih jagaan.

“Ini merupakan satu cabaran yang perlu diharungi penternak apabila cuaca lembab dan berlaku perbezaan suhu lebih besar,” katanya seperti dipetik Nanyang Siang Pau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaaan bahawa muncul makanan ternakan yang tidak berkualiti sehingga anak ayam kurang sihat.

Keadaan itu dikatakan turut menjejaskan bekalan ayam dalam pasaran. – MalaysiaGazette