Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parkir di Kuala Lumpur.

“Saya telah arahkan @DBKL2u (DBKL) untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti seperti ini,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial TikTok video dimuat naik individu yang memaparkan kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar RM15 caj parkir.

Menurut mangsa, kejadian itu dilaporkan berlaku empat hari lepas di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast