Salah seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang melipat khemah di pusat pemindahan banjir sementara (PPS) yang telah ditutup

KUANTAN – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bera dan Temerloh ditutup ekoran banjir kian surut.

Keadaan cuaca semakin baik dan tiada hujan yang berterusan di negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam kenyataan berkata, sehingga kini hanya dua buah PPS beroperasi di Maran.

”Dua PPS di Bera dan Temerloh ditutup pagi tadi merupakan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gemuruh di Bera dan SK Temerloh Jaya di Temerloh.

”Manakala sebuah PPS Chenor di Maran dari tiga pusat di sini juga ditutup menjadikan dua sahaja beroperasi di Maran.

”Ketiga-tiga PPS itu ditutup hari ini selepas dibuka pada 28 Disember lalu,” katanya.

Sehingga kini  seramai 34 mangsa daripada 11 buah keluarga ditempatkan di kedua-dua PPS yang masih beroperasi  ialah Balairaya baru Kampung Pertanian dan SK Serengkam di Maran. – MalaysiaGazette