KUALA LUMPUR – Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan terus berkurangan pagi ini apabila hanya tinggal 1,365 orang berbanding 1,732 orang petang semalam.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa-mangsa yang membabitkan 422 keluarga ditempatkan 11 PPS.
Hanya tiga PPS iaitu di daerah Pasir Mas, Kuala Krai dan Tumpat.
Manakala Jeli yang dilanda banjir semula, kelmarin, sudah pulih sepenuhnya dan kesemua lima PPS di daerah berkenaan sudah ditutup.
Tumpat merekodkan seramai 1,015 mangsa, diikuti Pasir Mas (334 mangsa) dan Kuala Krai (16 mangsa). – MalaysiaGazette















