Kediaman dan kenderaan yang rosak akibat gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun, semalam. Foto media sosial

TOKYO – Sekurang-kurangnya enam orang maut di wilayah Ishikawa Jepun susulan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda tengah-tengah Jepun.

Menurut laporan NHK yang memetik laporan polis, seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas diselamatkan dari sebuah rumah yang runtuh akibat gempa bumi.

Berpuluh-puluh orang telah cedera di empat wilayah lain, termasuk Toyama dan Niigata.

Jabatan bomba berkata, pihaknya kini bertindak balas terhadap laporan orang yang terperangkap di bawah bangunan yang rosak.

Sementara itu, lebih 100 rumah dan kedai telah hangus dalam kebakaran yang meletus selepas gempa bumi.

Kebakaran besar berlaku di bandar Wajima di tengah-tengah Jepun pada petang Isnin selepas gempa bumi menggegarkan kawasan tersebut.

Wajima ialah sebuah bandar pantai yang terletak di wilayah Ishikawa.

Empat kereta api laju yang perkhidmatannya terpaksa dihentikan ekoran gempa bumi kuat, semalam sudah beroperasi smeula.

Kereta api berkelajuan tinggi itu terkandas di antara bandar Toyama dan Kanazawa di tengah Jepun.

Selepas tidak bergerak selama lebih 11 jam, dua kereta api tiba di stesen Toyama pada 4 pagi waktu tempatan pada hari Selasa (2 petang ET pada hari Isnin).

Dua lagi kereta api yang bergerak dalam arah bertentangan tiba di stesen Kanazawa di wilayah Ishiwaka.

Hampir 1,400 penumpang telah terkandas di dalam kereta api berkelajuan tinggi, kata NHK, memetik Japan Railways West. – MalaysiaGazette