KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor akan melancarkan Program Semarak Subuh di setiap masjid dan surau bermula Jumaat ini, 5 Januari 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sebanyak 838 buah masjid dan 1,942 buah surau seluruh Johor sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, program ini akan diziarahi oleh ahli-ahli Dewan Negeri Johor (atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam) bersama kepimpinan tertinggi Kerajaan Johor mengikut lokaliti dan zon masing-masing termasuk pentadbiran Kerajaan Johor di peringkat daerah juga mukim.

Menerusi Facebook, beliau mengalu-alukan seluruh warga Johor beragama Islam untuk bersama-sama mengimarahkan program ini.

Program ini adalah inisiatif Menteri Besar Johor yang dibentangkan dalam belanjawan 2024.

Ia akan dilaksanakan di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast