Mohd Fared Mohd Khalid

JOHOR BAHRU – Sebanyak 838 masjid dan 1,942 surau di Johor akan terlibat dengan program Semarak Subuh bermula Jumaat ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif Semarak Subuh di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing.

Katanya, ADUN atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam akan bersama kepimpinan tertinggi kerajaan Johor mengikut lokaliti dan zon masing-masing, termasuk pentadbiran di peringkat daerah.

“Setiap masjid dan surau di seluruh pelosok negeri akan disantuni menerusi Semarak Subuh dalam masa setahun,” katanya.

Program Semarak Subuh merupakan inisiatif Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyasarkan pelaksanaan di 56 kawasan DUN dengan peruntukan berjumlah RM560,000.

Onn Hafiz berkata, menerusi Semarak Subuh, ADUN beragama Islam negeri ini diminta menunaikan solat Subuh berjemaah bersama rakyat pada setiap Jumaat di kawasan DUN masing-masing. – MalaysiaGazette